| Monday, December 29, 2008 |
| Hijrah |
| Salam Maal Hijrah utk semua. |
posted by elmi @ 10:18 AM  |
|
|
|
| Sunday, December 14, 2008 |
| Tangga |
Tadi saya pergi ke Carrefour. Beli barang-barang keperluan rumah. Makan prosperity burger sorang-sorang kat situ. Rasa mcm loser giler tapi x per la nak buat camner. Then balik rumah hangkut barang-barang tu sorang-sorang. Penat sungguh panjat tangga.
Bila time nak kemas barang kabinet tu semua tinggi-tinggi. Saya x sampai. Saya perlukan tangga. Ye di ulang, saya perlukan tanggaaaa...
Huhuhu....Labels: Tangga |
posted by elmi @ 10:05 PM  |
|
|
|
| Saturday, December 13, 2008 |
| Cuti yang panjang. |
Wow..dah dekat 3 bulan saya x update. Dalam masa yang sesingkat ini banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup saya. Hidup ini penuh dengan suka duka. Kejap je kita suka dan sekejap juga suka tu boleh tukar jadi duka. Sekelip mata. Kalau time-time kita suka tu baik la kita sentiasa bersyukur.
Rumah saya dekat dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini. Alhamdullillah kawasan rumah saya tidak terjejas. Tapi takut gak. Skang ni sebelum tido kena doa panjang-panjang sikit. Kalao hujan seharian dah mula risau dan cemas. Harap-harap selamat la semua.
Mulai bulan ni, saya akan tinggal seorang diri. Adek saya dah pulang ke JB. Bercuti dan kemudian sambung praktikal selama 6 bulan. The best part about living alone, hehhee..ada banyak antaranya...heheh..can't mention it here. Use ur imagination. Hhehee...
Salam takziah gak utk Cik Semalu kerana keadaan ibundanya yang tidak sehat. Semoga dia tabah dan tenang menghadapi ujian Allah kali ini. Begitu juga dengan rakan baik saya, saudari DK yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta. Al-Fatihah.
Life is short. So x perlu keep it complicated. Yang dah berlaku tu kita tinggal aje di belakang dan kita moves on. Tak perlu toleh2 ke belakang lagi. Just take a peek from the side mirror utk sedarkan kita dan perbaiki diri kita.
Well rasa macam emo sangat kan. Ok meh citer pasal salah sms. 12/12/2008 saya bangun pagi dapat 2 sms dan 2 misscalled. Dari no yang sama dan x di kenali.
"Mi** leh call saya x? plez"
Panik kejap saya. Siapa ni? Mi** ni ending nama saya. Tapi x pernah ada org panggil saya mcm tu. Saya buka sms yang kedua.
"Nur amiza asyiqin bt aminudin, sy mohon pada awak supaya call saya. plez"
Oh silap org. Saya reply kat mamat yang bersedeh hiba tu.
"Saya bukan noramiza. Awak salah org ni."
Tiada balasan. Stakat itu sahaja.
Malam semalam saya dapat sms dari org yang sama lagi.
""Mi** napa awak wt sy cm ni, apa dosa sy. cbe awk g tau..."
Alamak, mamat ni biar benar. Giler apa. Ish tensi saya di buatnya. Saya reply.
"Encik salah org. No telefon gf sendiri pun x hafal mana la gf encik tu x marah. Hapa daaa.."
Dia lawan balik.
"Erm xya la nak tipu. Ok fine kalao awak nak tipu pown x kan saya nak alang...bkn saya yang dapat dosa. k la bye.."
Hangen aku baca. Tapi pk-pk balik. Lawak gak. Ke ada kenkawan aku nak memain. Kaloa betul la mamat ni nak pujuk gf dia patutnya dia call la kan. Tak koser saya nak call balik.
Macam-macam kan manusia nie.Labels: Hidup |
posted by elmi @ 9:32 PM  |
|
|
|
| Thursday, September 18, 2008 |
| Lelaki idaman wanita |
Encik BF : sayang... Cik GF : ye. Encik BF : saya ada ni.. (cuma memujuk si Cik GF) Cik GF : tau awak ada tapi bukan 24 jam awak tu saya punya Encik BF : saya pun bukannya 7eleven...hehehehe Cik GF : hehheheh...benci la.
Hahaha... Kalau dapat BF macam ni sure gelak je memanjang. Lelaki yang boleh buat perempuan ketawa merupakan impian setiap perempuan. Semalam saya tonton program yang Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah jadi hos, pkl 6.00++pm kat astro. Tajuk semalam ialah "Lelaki impian wanita". Sempat la saya salin beberapa ciri-ciri lelaki impian wanita yang beliau sebutkan. Meh saya share dengan uolls. Antaranya :
- Kemas
- Romantik dan gentleman
- Matang dan bijaksana
- Pandai membuat keputusan
- Mampu membimbing pasangan (soleh)
- Bertolak ansur
- Bersih dan wangi (harus mak pengsan...)
- Kelakar
- Sabar
- Selalu beri apprisiasi (got such word ka? Apprciation)
- Tidak kedekut (mak sangat benci lelalaki berkira ni..)
- Good listener (harus telinganya besar...kkekekek)
- Menghormati semua orang
- Tidak kuat merajuk
Ada sapa-sapa nak tambah lagi?
Labels: Motivasi |
posted by elmi @ 9:29 AM  |
|
|
|
| Wednesday, September 17, 2008 |
| Makan-makan bulan puasa |
.jpg)
Nampak sedap x? Cuppies ni saya beli dari http://www.lovebake.blogspot.com/. Saya hadiah kan kepada kawan saya kat Kuching, Sarawak. By the time she received them, cuppies tu dah bergolek-golek tapi still boleh makan la. Bulan puasa ni macam-macam nak makan. Last Saturday, budak-budak Surreyian buat gathering sempena salah seorang dari mereka nak fly, kali ni ke Manchester pulak. Buat postgrad. Seronok nak fly tapi kalao fly sebab nak sambung study, x moh dah saya. Kalau fly nak g jalan-jalan kat UK tu definately saya nak. Ada sapa-sapa nak sponsor? Berbalik tentang kisah makan, bulan puasa ni banyak sangat hotel2 yang buat promosi berbuka puasa. RM39++ , RM28++ etc, ada org kata murah tapi pada saya tetap mahal. Kalao saya dapat makan banyak tak pe la. Ni makan sikit je. So mcm x berbaloi je kadar bayaran tu dengan apa yang saya makan. Saya lagi suka makan ala-carte. Bayar apa yang memang kita nak makan. Sekarang ni rasa ingin makan chesse cake. Yummy..yummyyy... Labels: Cupcakes |
posted by elmi @ 2:34 PM  |
|
|
|
| Friday, September 12, 2008 |
| Ramadhan Al-Mubarak |
Salam semua. Saya nak ambil kesempatan di sini nak ucapkan selamat menyambut ramadhan. Patutnya saya buat entri ni pada hari pertama kita sambut ramadhan tp tak per kan since kita masih lagi dalam mode berpuasa. Eh, ke dah ada org nak raya....Hiks.
Boleh di katakan 90% acara berbuka puasa saya, saya berada di Masjid Wilayah. Senang, murah dan mudah. Balik opis pukul 4.30 pm terus ikut Jalan Duta ke Masjid Wilayah. Mandi, solat asar, ngaji dan ronda-ronda dalam Masjid sambil ambil gambar dan tengok gelagat orang. Meriah jugak la. Kalau terus balik ke rumah pun pasti sampainya lewat. Penat pun yer. At least dah boleh jimat masa dari jem di Kuala Lumpur nie.
Pkl 10.00++ pm sampai rumah terus tidoooorr...Zzzzzz...
Ok nak share gambar-gambar kat Masjid Wilayah.
.jpg) Ni anjung C. Saya sampai parking Comot depan Anjung C, terus masuk direct ke toilet muslimah. Ada shower kat situ. Boleh la mandi.
.jpg) Ni tempat solat. Ada mimbar kat situ. Lepas solat Asar dan buat la apa-apa yang patut then dalam 6.45pm saya akan keluar jalan-jalan sekitar Masjid Wilayah.
.jpg) Ni kat luar Masjid Wilayah. Tak banyak gambar ambik sebab nanti org lain ingat jakun pulak.
.jpg) Ni pulak tempat berbuka puasa. Kat bawak Masjid Wilayah tu. Slalunya dalam pkl 7.00++ diorang dah hidang tapi semalam x hidang pulak kena ambik sendrik kat meja. Buka puasa slalunya kueh seketul, buah sepotong and kurma 3 biji. Air sirap atau air teh o. Alhamdullillah.
.jpg) Ramaikan jemaah berbuka di Masjid Wilayah nie. So kalau uolls rasa buka sorang-sorang kat umah make uolss sepi dan lonely. Baiklah ke masjid utk berbuka puasa. Ramai orang. Hahahaha...Matilah buat ayat sentapz di bulan puasa ini.
.jpg) Ni la juadah berbuka puasa semalam. Kenyang lah utk tahan solat Maghrib dulu. Lepas Maghrib baru la berbuka makan nasi. Semalam nasi tomato. Ayam masak merah. Kuah dhal. Arca timun-nenas. Sedap kan. Oh hari-hari lain nasi puteh. Hari Rabu Nasi Ayam. Hehehe... Dah hafal dah menu-menu kat Masjid Wilayah. Gambar nasi tomata yang lazat itu x sempat nak amik sebab dah lapar sangat kan. Hiks...
Okla semua selamat berpuasa. Jangan ponteng2 puasa. Labels: Ramadhan |
posted by elmi @ 8:49 AM  |
|
|
|
| Monday, September 8, 2008 |
| Shopping at Carrefour |
Saya rasa sungguh penat menguruskan rumah baru ni. Ni baru rumahnya, tangganya belum ada lagi. Unpacking barang-barang dah almost siap. Tinggal final touch aje. Cermin besar belum ada, katil saya belum sampai and few other things like accessories to decor the house. Barang-barang dapur dah siap semua beli sampai terlebih budget. Ni la padahnya kalau membeli dengan x de planning. Sebelum masuk Carrefour, saya pesan mcm ni kat adek saya.
"Hambekkk...hambekkk sajer..."
Ini lah hasilnya.
.jpg)
Penuh 1 troli dan 1 bakul. The cost? Jangan tanya....
Labels: Shopping |
posted by elmi @ 10:03 AM  |
|
|
|
|
| About Me |
|

Name: elmi
Home: Kota Lumpur, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
| Previous Post |
|
| Archives |
|
|
| Shoutbox |
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
| Links |
|
|
| Powered by |
 |
|